Loight Lampu Lantern Cas Semula

'Loight' adalah lampu cas semula yang diilhamkan daripada konsep lantern oleh pereka Zahra Ghiasi. Selain dapat menjimatkan pengunaan elektrik ia juga mencabar kita untuk menilai kebergantungan kita pada cahaya lampu.



Secara teori, 'Loight' adalah cahaya peribadi untuk di bawa ke dalam rumah, sesuai ditempatkan di pintu masuk rumah supaya ia adalah benda pertama yang anda ambil semasa masuk ke rumah. Setiap ahli keluarga akan mempunyai "Loight' sendiri dan ruang akan bertambah terang apabila kesemua ahli keluarga berkumpul bersama-sama.



Setiap 'Loight' hanya mempunyai cas yang terhad, ini bertujuan mengajar kita untuk menggunakan cahaya dengan lebih cekap. Zahra Ghiasi juga percaya 'Loight' boleh digunakan dalam perniagaan seperti kafe atau negara-negara kurang maju, di mana pengguna boleh mencas lampu mereka di stesen pengecasan solar pusat bandar dan pulang ke rumah untuk digunakan.

Ulasan