Gambar Atom Tunggal Teperangkap

Foto oleh David Nadlinger (Universiti Oxford)

Satu imej atom tunggal strontium bercas positif oleh David Nadlinger dari Universiti Oxford telah berjaya memenangi hadiah keseluruhan dalam pertandingan fotografi sains negara yang dianjurkan oleh Engineering and Physical Sciences Research Council (EPSRC).

Ia memperlihatkan atom yang diperangkap oleh medan logam elektrod di sekelilingnya. Jarak antara hujung jarum kecil adalah kira-kira dua milimeter.

David Nadlinger menjelaskan tentang gambar tersebut: "Idea untuk dapat melihat atom tunggal dengan mata kasar telah datang kepada saya sebagai gambaran untuk menggabungkan antara dunia kuantum dengan realiti makroskopik kita. Ketika saya berangkat ke makmal pada petang Ahad dengan kamera dan tripod, saya telah diberikan ganjaran dengan gambar istimewa ini, titik kecil bewarna biru pudar."

Ulasan