Tanah Danxia Kek Berlapis

Tanah biasanya berwarna coklat, tetapi apabila bercampur dengan mineral dalam kuantiti tertentu, ia boleh menghasilkan pelbagai warna yang menarik. Anda dapat melihat kejadian tersebut pada dinding batu Great Canyon, Arizona dan kawasan padang pasir di Utah, tetapi terdapat juga beberapa tempat lain yang warna lapisan tanahnya sangatlah unik dan menarik.

Salah satu contoh terbaik bentuk tanah yang berwarna-warni bertempat di Gunung Danxia, wilayah Guangdong, China. Bentuk jalur tanah Danxia terhasil daripada jalur batu pasir merah yang terbentuk selama berjuta-juta tahun, ianya kelihatan seperti kepingan kek berlapis. 

Pada tahun 2010, enam landskap Danxia telah dicatatkan sebagai salah satu tapak warisan dunia.





Ulasan