'Outer Trial Bank' adalah sebuah pulau unik yang menyerupai bentuk kuih donut. Pulau tersebut terletak di kawasan muara The Wash, England adalah salah satu daripada dua pulau buatan manusia pada tahun 1970-an sebagai kajian kemungkinan penukaran muara kepada takungan air tawar.
Rancangan itu gagal kerana dibina dengan menggunakan lumpur yang dikeringkan dari paya garam dan salinasi air tawar yang disimpan. Selepas sekitar 3 juta pound habis dibelanjakan namun tidak mendatang hasil, rancangan itu akhirnya ditangguhkan.
Kini pulau buatan terebut telah menjadi tempat penting untuk pembiakan koloni burung dengan sekitar tiga ribu pasang burung menjadikannya sebagai tempat sarang mereka.



Ulasan
Catat Ulasan